JAFRI memeluk anaknya Nur Afini manakala Nur Safura ditenteramkan seorang saudara selepas ibu dan adik mereka mati dibunuh di Taman Pinji Seni, Ipoh semalam.
IPOH - Gara-gara sebuah komputer riba yang nilainya tidak sampai RM2,000, tiga nyawa melayang akibat dibunuh seorang penagih dadah di sebuah rumah di Taman Pinji Seni di sini semalam.Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang, pemilik salon, Wah Yah Mat Zi, 42, dan anak bongsunya, Esmin Denish Jafri Tajul, 5, serta pembantu rumah warga Indonesia, Dani, 19, mati akibat ditikam dan ditetak dengan pisau oleh penagih dadah yang masuk ke rumah tersebut untuk merompak.Mayat ketiga-tiga mangsa itu ditemui berlumuran darah dengan mayat Wah Yah berada di ruang tamu manakala mayat Esmin dan orang gaji ditemui berhampiran bilik air.Difahamkan semasa kejadian, Wah Yah sempat menghubungi suaminya, Jafri Tajul Aripin, 47, dan memaklumkan mengenai kejadian rompakan itu.Jafri yang ketika itu bekerja di sebuah bank di sini terus memandu kereta pulang dan sempat melihat seorang lelaki melarikan diri dari arah rumahnya.Suspek berusia 26 tahun telah diberkas oleh dua rakan Jafri.Buat masa ini, polis mengesyaki ketiga-tiga mangsa itu dibunuh selepas Wah Yah dikatakan enggan menyerahkan wang yang diminta suspek.
Takziah pada keluarga mangsa.
0 comments:
Post a Comment