Apa saja yang kita terlalu banggakan hingga membuat orang lain terasa, pasti akan ditarik pergi dari kita perlahan-lahan tanpa kita sendiri sedari. By ShueQry

Sunday, May 17, 2009

Kuasa Minda Untuk Menarik Duit

Posted: 13 May 2009 05:27 AM PDT
Usaha saya mendidik orang kita dan membawa mereka mengenali kuasa minda sebenarnya berdepan banyak cabaran. Sebut kuasa minda, apa yang terbayang di kepala mereka adalah duit, menggunakan kuasa minda sebagai cara untuk tarik duit.
Jika minda mereka gagal menarik duit, maka mereka mengatakan kuasa minda ni karut, bahkan dongeng semata-mata. Dari banyak email yang saya terima, mereka mahu saya mengajar mereka cara memperlalatkan kuasa minda untuk menarik duit, kerana mereka dilanda masalah kewangan lalu mahukan duit dalam masa terdekat.
Mentaliti orang kita masih tak lari dari “nak cepat senang”. Memang boleh nak cepat senang, tapi Anda mesti kena sanggup berkorban. Maksudnya, Anda kena lupakan keselesaan sekarang, tinggalkannya sekejap untuk membina keselesaan berpanjangan yang lebih menyelesakan di masa beberapa tahun akan datang. Masalah ramai orang adalah, mahu cepat senang, mahu cepat selesa supaya mereka dihormati, disanjungi, dikagumi dan menjadi lebih hebat dari orang-orang sekeliling.
Realitinya, kuasa minda memang boleh digunakan untuk menarik duit atau menarik kemurahan rezeki. Minda, fikiran dan energi mental Anda memang boleh mendatangkan duit tapi ada beberapa syarat perludipatuhi. Masalahnya, syarat tu cuma sedikit orang yang mahu ikut.
Selain syarat, ada disiplin perlu dijaga dan ada tatatertibnya juga. Ia bukan terlalu mudah, tapi tak juga terlalu susah untuk sesiapa saja melakukannya.
Ada orang berjaya menarik kemurahan rezeki dengan kuasa mindanya tanpa dia pernah mempelajari kuasa minda atau membaca bagaimana minda bekerja. Dia tak pernah tahu pekebendanya Law Of Attraction dan tak pernah membuka buku The Secret. tapi, dia hanya buat apa yang dia minat.
Malangnya, dia bukan beragama Islam dan dia bukan orang Malaysia. Namun, biarlah kisahnya menjadi rahsia saya dulu buat masa ini
shueQry

0 comments:

Post a Comment