Apa saja yang kita terlalu banggakan hingga membuat orang lain terasa, pasti akan ditarik pergi dari kita perlahan-lahan tanpa kita sendiri sedari. By ShueQry

Tuesday, June 30, 2009

Duit

Terima hakikat usahawan bumiputera kita ramai bersikap tamak. Saya cuba mengungkai isu ni dari sudut positif. Masuk kita ke topik motivasi usahawan.
Tamak adalah salah satu sikap negatif. Dari apa yang banyak saya baca di internet, eBuku, majalah keusahawanan, forum komuniti usahawan, akhbar harian, beratus blog usahawan, beratus laman-laman web, duit diguna sebagai pengukur tahap kejayaan. Kejayaan bukan diukur dari segi sikap dan sumbangan usahawan itu pada masyarakat.

Akibatnya, duit menjadi sesuatu untuk dimegahkan, membuat orang kita banyak bersikap tamak. Hmm, mungkin ini terjadi sebab saya banyak melihat ke dalam, mengukur kejayaan seseorang dari segi dalaman, bukan mengukur kejayaan seseorang dari segi luaran.

Saya faham, kita berniaga dan bekerja sebab kita nak duit. Kita nak cari duit, mencari rezeki, bayar itu ini, besarkan rumah, beli kereta, bercuti, bersuka ria. Kita nak jadi jutawan.

Tapi, masalah ramai usahawan bumiputera adalah, memiliki attitude negatif. Ada juga yang positif tapi diracuni sikap negatif.

Terlalu pentingkan duit dari keseronokan berbisnes. Terlalu pentingkan duit dari menghasilkan sesuatu yang bagus, hebat sekali. Terlalu pentingkan duit dari memberi sesuatu terus dari hati dengan penuh minat.

Mentaliti nakkan duit banyak dalam masa singkat mendominasi minda orang kita. Ya, kita sendiri yang perlu disalahkan. Sebabnya, di mana-mana, orang kita bercakap soal duit. Kita buat blog sebab nak duit, bukan sebab nak menulis apa yang ada dalam kepala kita.

Kita join bisnes MLM, sponsor sana, sponsor sini sebab kita nak duit banyak. Bila kita dapat duit lebih banyak dari orang lain, kita start memandang rendah.

Kita berniaga sebab nak duit banyak, apatah lagi bila kita tahu ada orang berjaya buat duit. Sebut bisnes, kita terbayang perniagaan bertaraf besar. Kita tak terbayang perniagaan skala kecil, sebab kita rasa malu. Kita nak bermegah.

Kita jual sesuatu tanpa keghairahan sebab kita cuma nak duit, kemudian supaya kita boleh berbangga dengan duit itu. Kita mahu tunjuk kita ada duit, banyak pula.

Ego kita mendorong kita menutup ruang pada sikap positif. Kita buat baik semata-mata sebab nak duit sebagai balasan, bukan sebab nakkan pahala, bukan sebab kerana Allah. Dalam jangka masa panjang, kita akan hilang sikap kejujuran - sikap paling penting untuk nak berjaya dalam perniagaan, diajar oleh Nabi Muhammad untuk menjadi ikutan kita.

Semuanya sebab duit. Duit bukan untuk dibangga-banggakan mahupun dimegah-megahkan.

Allah berikan rezeki melimpah ruah sebagai salah satu bentuk ujian pada hati Anda, nak tengok Anda cemana, sama ada berbakti dengannya, atau berbangga-bangga dengannya.

Allah juga berikan rezeki sedikit sebagai salah satu bentuk ujian pada hati Anda. Nak tengok Anda cemana, sama ada Anda bersyukur dengan rezeki yang sedikit itu atau mencela-cela Allah keranan memberikan Anda rezeki sedikit saja berbanding orang-orang lain di sekeliling Anda.

Hidup kita penuh dengan ujian, sama ada dalam bentuk kesenangan ataupun kesusahan. Kesederhanaan satu bentuk ujian pada kita. Sesuatu yang Anda terlalu bangga-banggakan hingga membuat orang lain tidak senang dengan Anda, apa yang Anda bangga-banggakan itu akan ditarik hilang perlahan-lahan.

Kemudian, hidup Anda akan diserang musibah yang tak disangka-sangka. Ini bukan main-main, bukan cobaan, tapi betul-betul.

Sesuatu yang Anda sabarkan hari ini kerana ia menyusahkan Anda, lambat laun akan menyenangkan Anda.

Maka dengan itu, ingatkan diri sendiri kekal bersikap jujur, kekal bersangka baik, kekal berkata yang baik-baik, buat perkara yang baik-baik. Selagi kita tak nyusahkan orang, selagi itu aliran rezeki kita akan disenangkan sampai bila-bila.

Maka itulah sebabnya saya berpendapat, dalam berbisnes, kita pentingkan dulu berbuat baik pada orang, pada sesiapa saja sama ada dia tu kastemer kita, pelaggan kita atau sekadar staff kita.

sikap berbuat baik dan jujur akan membuat Anda bertemu dengan pelbagai keajaiban yang tak disangka-sangka, kemudian membawa Anda bertemu dengan pelbagai kebahagiaan yang tak sangka-sangka, berpanjangan pula
ShueQry

0 comments:

Post a Comment