Apa saja yang kita terlalu banggakan hingga membuat orang lain terasa, pasti akan ditarik pergi dari kita perlahan-lahan tanpa kita sendiri sedari. By ShueQry

Wednesday, June 24, 2009

Fikiran Positif Perlu Diulang-ulang Sebanyak Mungkin


Adakah Anda merasa membina fikiran positif kerja yang amat berat? Ia tak berat sangat, cuma perlu kerap diulang-ulang dan Anda kena memfokus fikiran, pandangan, pendengaran dan pengamatan pada setiap perkara yang baik-baik.
Jika berjumpa perkara yang buruk-buruk, untuk untuk tidak melayan, tidak memikir tentang dan tidak melupakannya saja. Memang perkara ni cuma sedikit di kalangan kita berjaya melaksanakannya dengan cukup bagus. Maka sebab itu jugalah mengapa dalam 10 orang, hanya ada 1 orang berfikiran positif.
Anda kena menjadi lain daripada yang lain. Orang sekeliling mungkin akan memandang serong pada Anda, kerana cara Anda berfikir, melihat sesuatu dan bercakap tak serupa dengan kebanyakan orang.

That’s a price to be a positive person - ShueQry

0 comments:

Post a Comment