Melupakan sesuatu yang membuat Anda sakit hati, geram, marah atau terpukul memang susah. Ia bagaikan mustahil. Namun, Anda memang boleh melakukannya jika Anda sanggup buat 2 langkah yang dicadangkan selepas ini.
Anda susah pasti melalui situasi di mana.. ada orang sakitkan hati Anda, mentertawakan Anda, memarahi Anda, memperli Anda, merendah-rendahkan kebolehan Anda dan memandang sebelah mata pada kata-kata Anda, seolah-olah apa yang Anda katakan itu remeh serta kurang penting. Siapa yang tak sakit hati bila dah camtu?
Pasti sesiapa saja akan sakit hati serta merta. Kemudian, susah nak lupa. Untuk menyenangkan Anda melupakannya, mula bertindak dengan mengambil langkah pertama. Apa dia? Maafkan saja. Jadi seorang pemaaf, cepat memaafkan, senang memberi kemaafan dan mudan menerima maaf.
Maafkan orang yang sakitkan hati Anda tu serta merta, maafkan kesalahannya sebelum Anda tidur, selepas Anda sembahyang atau andai kata jika Anda teringatkan dia. Sikap memaafkan Anda membuat Anda jadi orang cemerlang. Sikap mendendam Anda akan membuat Anda jadi orang yang tak pernah surut dari dilanda masalah, terutama masalah kewangan.
Ubah diri, bina peribadi baru jika Anda mahu keluar dari masalah. Ok, langkah kedua. Langkah kedua ni ramai orang sangkut.
Mereka mengaku pada saya, memang susah nak buat. Apa dia langkah kedua? Melupakan. Tadi kita memaafkan, sekarang kita melupakan. Just LET GO.
Biarkah ia berlalu, usah disesali, usah dingati walaupun sekali. Jangan ingat, jangan fikir, jangan cakap dan jangan bangkitkan. Jangan pandang belakang!
Yang dah berlalu, biarkan berlalu supaya tak ada apa-apa menghalang Anda maju. Cuba lihat realiti kehidupan seseorang. Jika Anda lihat dia susah nak maju, susah nak cemerlang, susah nak berjaya atau susah nak mendapat hasil dalam apa yang diusahakan olehnya, kaji sikap dia.
Perhatikan. Dia biasanya seorang yang susah nak memaafkan dan susah nak melupakan, tetapi amat suka membuat orang sakit hati dan amat suka mengungkit hal lepas-lepas, walaupun dah lama berlalu. Dia seorang pendendam dan kurang senang bila dia tahu ada orang lebih berjaya darinya, lebih senang hidupnya dari dia.
Jika Anda tak nak jadi macam dia, tak nak hidup Anda kurang cemerlang seperti dia, ubah sikap Anda. Latih diri untuk selalu memaafkan, selalu melupakan sepanjang masa, selagi Anda masih bernafas. Tadi Anda dah pelajari cemana caranya, sekarang masanya untuk Anda buat, praktikkan.
Jika Anda buat 2 langkah tu dengan berterusan tanpa diubah-ubah atau ditangguh-tangguh, Anda akan merasai kesannya. Hidup Anda makin tenang, Anda rasa bahagia dan Anda rasa gembira, seronok, bebas tekanan. Melupakan memang boleh menyenangkan Anda, membahagiakan Anda, cuma kena rajin berlatih melakukannya!
Friday, June 12, 2009
Melupakan Memang Susah Tapi Boleh Menyenangkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment