‘KL TOWER EXTREME’ yang dianggotai oleh kakitangan MKLPAG telah menjadi JOHAN Pertandingan Tarian Poco-Poco sempena Program Jelajah Cergas Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di Shah Alam.
Pasukan ini juga telah menjadi NAIB JOHAN Pertandingan Aerobikthon (aerobik 1 ½ jam tanpa henti) pada hari yang sama. Lebih menggembirakan lagi seramai 7 kakitangan MKLPAG telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan pada 8 dan 9 Ogos nanti.
i. Suhaimi Hj Ismail
ii. Fairulhijazi Ramli
iii. Noor Azira Azizi
iv. Gloria anak Patie
v. Raja Zety Mazuin
vi. Khalid Idris
vii. Ismail Mohamed Yusof
Sementara itu, seorang pelajar praktikal MKLPAG iaitu Cik Noorazmira bt. Mohd Rahim telah berjaya merangkul gelaran JOHAN Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat Kebangsaan pada malam semalam di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Tuesday, July 21, 2009
TAHNIAH-Menara Kuala Lumpur Performance Art Group
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment