KUANTAN: Seorang wanita beranak dua mendakwa dicekik sebelum dirogol seorang lelaki yang juga rakan suaminya ketika tidur di rumahnya, di Beserah, di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa berusia 29 tahun sedang tidur di biliknya manakala suaminya tiada di rumah kerana keluar bekerja.
Difahamkan ketika kejadian pintu depan rumah mangsa tidak berkunci sekali gus memudahkan suspek seorang lelaki berusia 26 tahun memasuki rumah selain dipercayai sudah mengetahui mangsa tinggal seorang diri.
Sumber berkata, suspek dipercayai terus menuju ke bilik mangsa yang sedang tidur sebelum bertindak mencekik dan mengarahkan mangsa supaya tidak melawan serta menurut kemahuannya.
Mangsa yang ketakutan dan bimbang dicederakan terpaksa menurut kehendak suspek yang kemudian merogolnya.
Mangsa berjaya melepaskan diri ketika suspek pergi ke bilik air di rumah berkenaan sebelum bergegas ke Balai Polis Beserah, di sini untuk membuat laporan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian ber-kenaan.
Beliau berkata, susulan laporan itu, gerakan memburu suspek dan dia ditahan di Kemaman, Terengganu kira-kira jam 10.30 malam, kelmarin.
Monday, August 10, 2009
Wanita dakwa kena rogol rakan suami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment