Apa saja yang kita terlalu banggakan hingga membuat orang lain terasa, pasti akan ditarik pergi dari kita perlahan-lahan tanpa kita sendiri sedari. By ShueQry

Wednesday, May 19, 2010

Tip cinta – gabungkan dua elemen cinta: cinta pada Allah, cinta pada sesama manusia

Cemana pandangan saya tentang cinta? Cinta, bagi saya adalah satu perasaan yang membahagiakan.

Dalam hati ini saya tekad mencintai seseorang kekasih kerana Allah. Sebab, kebahagiaan yang saya rasa dari mencintai dirinya akan bertukar menjadi pendorong untuk saya beribadah dengan lebih rajin lagi. Segala-gala yang saya lakukan, saya niatkan sebagai ibadah, termasuklah bekerja, berblog, bercinta.

Menulis sebuah blog motivasi adalah sebuah ibadah buat diri saya kerana saya meniatkannya begitu. Tiap kali berblog, saya mulakan dengan niat melakukannya kerana Allah dan untuk memberi manfaat sesama manusia, khususnya buat Anda sebagai sahabat saya.

Cinta membuat apa saja yang kita lakukan jadi manis, jadi ringan, jadi senang. Kebahagiaan bercinta membuat hati tenang, girang dan kita berubah jadi periang. Dari sikap periang tu, muncul curahan idea yang tak pernah ada keringnya.

Emosi bahagia yang timbul dek penangan cinta membuat kita ‘feel good’ sentiasa. Melakukan sesuatu sebagai ibadah hanya kerana Allah juga membuat kita tenang, lantas membuat kita ‘feel good’sentiasa sama seperti perasaan tadi – kita rasa bebas dari tekanan, bebas dari menanggung permasalahan.

Bayangkan kesannya pada diri kita apabila kita gabungkan kedua-dua elemen ini – bahagia kerana cinta sesama manusia, bahagia dek penangan cinta kerana merasa diri kita seorang hamba pada Allah Yang Maha Esa. Dah tentu kesannya membuat kita bersemangat sentiasa. Bukankah begitu?

Tiap kali Anda sedang mencari inspirasi, carilah cinta. Tiap kali Anda kehilangan inspirasi, carilah Allah Yang Maha Esa.

Gabungkan rasa kehambaan pada Tuhan dengan rasa cinta pada si dia kekasih Anda, pasti inspirasi muncul tiba-tiba. Apa saja yang kita lakukan, pasti terlaksana dengan penuh rasa ‘gumbira’.

Mencari gembira sebenarnya tak susah, janji kita tahu caranya. Dekatkan diri kita dengan Yang Maha Esa, positifkan perasaan kita tiap kali fikiran kita mengingati wajah si dia kekasih kita. Niatkan di hati untuk membahagiakan si dia, bukan untuk memainkan perasaannya. Niatkan cinta kita padanya kerana Allah, kerana Allah menjadikan kita berpasang-pasangan untuk saling mengenali di antara satu sama lain, untuk jadi peneman di antara satu sama lain.

Kesannya, kita kurang bermasalah dalam bercinta sebab cinta kita diiringi dengan keredhaan dari Yang Maha Esa. Tak ada sikap merajuk-rajuk, tak ada sikap minta di pujuk-pujuk.

Tak ada cinta bersyarat, tak ada cinta yang tak berkesudahan dengan ikatan pernikahan. Cinta kita jadi bahagia akhirnya.

Gabungkan dua elemen cinta ini di dalam hati Anda – cinta pada Allah, cinta pada sesama manusia. Kita sendiri tak akan mampu mengungkapkan kesan dari merasai kemanisannya.
iMotivasi

0 comments:

Post a Comment