Apa saja yang kita terlalu banggakan hingga membuat orang lain terasa, pasti akan ditarik pergi dari kita perlahan-lahan tanpa kita sendiri sedari. By ShueQry
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Thursday, July 9, 2009

Orang Tak Senang Melihat Kita Senang

Kita boleh terperangkap masuk ke pemikiran negatif tak sampai satu saat sebab kita biasanya cepat naik marah. Orang sekeliling akan berusaha sekuat mungkin membuat kita marah, membuat kita geram. Kekadang sengaja nak mengenakan kita, supaya kita cepat marah


Mereka seronok kacau kita.

Bila Anda memilih untuk menjadi sesuatu yang lain dan lari dari kebiasaan, Anda akan berdepan dengan seribu satu kesusahan, halangan, cabaran, tekanan, kemarahan dan kerumitan sebab tak ramai orang suka melihat Anda senang.

Tak ramai orang suka melihat Anda berusaha memperbaiki diri Anda. Buka mata, lihat sekeliling Anda lalu fikir, Anda akan setuju dengan apa yang saya kata.

Nak lawan fikiran negatif, caranya fokus fikiran 100% pada yang positif! Jangan lawan fikiran negatif, tapi latih diri untuk sentiasa ke arah fikiran positif. Lama-kelamaan diri Anda akan terbiasa berfikiran positif!.

Sebab? Apa yang kita lawan, itulah yang akan makin banyak kita dapat. Kita lawan penyakit, kita akan makin banyak dapat penyakit kerana difikiran kita penuh dengan perkara-perkara berkaitan penyakit.

Jadi, mengapa kita tak fokus pada usaha membina kesihatan?

Bukankah itu penyelesaian yang lebih baik kesannya?

Telandan yang kita dapat pelajar kali ni adalah, kita kena terima hakikat, orang tak senang melihat kita senang. Mereka tak senang melihat kita rajin memperbaiki diri, sebab mereka tak suka kita lebih maju daripada mereka.

Lupakan mereka, biarkan mereka. Diri kita, kejayaan kita, itu lebih penting dari asyik melayan sakit hati kita pada orang yang tak senang melihat kita senang.

Teruskan...

Monday, July 6, 2009

Tiga tanda kekotoran hati

Tiga tanda kekotoran hati
Kali ni saya kongsikan 3 tanda kekotoran hati. Hati yang bersih terpancar pada sinar cahaya wajah dan dapat dikenalpasti dari tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap masa.

3 tanda kekotoran hati saya mulakan dengan…

1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.

2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya. Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.

3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting. Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja. Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.

Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.

Muhasabah diri Anda. Andai sikap sebegini ada pada Anda, ubah segera hari ini juga!.
Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang.
Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.

Source : imotivasi

Teruskan...

Jaga Tepi Kain Orang

“Orang yang suka mencari kesalahan orang lain dan iri hati dengan kejayaan orang lain, pasti tidak akan berjaya dalam hidup. mereka kurang memerhatikan potensi dalam diri mereka kerana terlalu sibuk memerhatikan gelagat orang lain.”
Orang yang suka mencari kesalahan orang lain biasanya adalah orang penyibuk, lebih banyak mengomen kesalahan orang lain, kesilapan orang lain, kekurangan orang lain dari mengomen diri sendiri. Dia menjadi pengkritik tidak berasas.

Oleh kerana mereka iri hati dengan kejayaan orang lain, mereka akan mendoakan kegagalan orang itu. Mereka puas hati bila dia gagal dan mereka cukup suka.

Dalam hidup, apa yang kita doakan pada orang, itulah juga yang akan terjadi pada kita.

Bila kita mendoakan kegagalan orang, suka melihat kegagalan orang, ia akan dibalas pada diri kita. Kita juga akan gagal sama, serupa seperti orang yang kita doakan. Dalam jangka masa panjang, kita tidak akan nampak langsung peluang-peluang kejayaan yang menghampiri diri kita hingga peluang-peluang tadi berlalu begitu saja.

Yelah, dah kita sibuk jaga hal orang, bukan sibuk memajukan diri sendiri, menjaga hal sendiri. Tidak tak akan perasan peluang-peluang tu sebab kita tak pernah terfikir nak memajukan diri sendiri.

ShueQry

Teruskan...