Apasal lah aku malas sembahyang
Allah beri aku jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam siang…
Apasal lah aku malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang
Apasal lah aku malas sembahyang
Allah beri otak supaya aku tak banggang
Allah sinar ilmu boleh fikir susah senang
Allah kurnia nikmat kenapa aku tak kenang…
Apasal lah aku malas sembahyang
Main bola aku sanggup sampai petang
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apalah aku ingat masuk syurga boleh hutang…?
Apasal lah aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balung sorang-sorang
Apasal lah aku malas sembahyang
Siksa neraka cubalah aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!
Dipetik dari Gema Jumaat Pusat Islam UUM.
Thursday, June 4, 2009
DAH SOLAT BELUM - Motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment