Apa saja yang kita terlalu banggakan hingga membuat orang lain terasa, pasti akan ditarik pergi dari kita perlahan-lahan tanpa kita sendiri sedari. By ShueQry

Saturday, June 6, 2009

Bisnes Tak Perlu Pentingkan Duit -Motivasi

Bisnes tak perlu pentingkan duit walaupun kita buat bisnes untuk cari duit dan buat duit. Bisnes sepatutnya pentingkan kualiti dan passion (keseronokan) memberi sesuatu yang terbaik, yang diperlukan dan digunakan setiap hari.
Sebuah bisnes ada potensi untuk berjaya jika ia berjaya memuaskan hati pengguna, pelanggan dan pembeli. Sebuah bisnes akan ada pelanggan tetap jika bisnes itu lebih pentingkan kualiti dan keseronokan melayan pelanggan selain mementingkan berapa banyak duit yang akan dibayar.

Sebuah bisnes berpotensi untuk runtuh atau gagal jika pemilik bisnes lebih pentingkan duit daripada kepuasan hati pelanggan. Apa jua bisnes Anda, siber kafe ke, restoran ke, bisnes internet ke, untuk mencemerlangkannya Anda perlu menangi hati kastemer terlebih dahulu, Anda kena ada deep passion terlebih dahulu barulah kastemer akan datang berkali-kali ke dalam premis Anda untuk membeli berkali-kali daripada Anda.

Anda sudah tahu hal ni, tapi Anda sangat-sangat lupa sebab Anda terlalu memfokus pada pemasaran dan pengembangan bisnes, tapi terlupa pada perkara paling asas, iaitu hati kastemer Anda. Bisnes sepatutnya kena membantu orang, add value, memuaskan hati orang, sesiapa saja dengan perkhidmatan atau produk keluaran bisnes itu. Barulah bisnes boleh jadi berjuta, boleh kekal bertahun-tahun lamanya dalam jangka masa panjang.

Motivasi bisnes akan berada pada tahap tinggi, jika Anda rajin menjaga kepuasan hati pelanggan, kemudian kepuasan hati Anda sendiri. Tanya diri Anda, adakah Anda cukup puas, cukup seronok dengan bisnes sekarang ini, atau tertekan sebab sales Anda down? Jika Anda jujur pada diri sendiri, jawapannya Anda muncul dalam jumlah kastemer yang membeli daripada Anda
Motivasi-ShueQry

0 comments:

Post a Comment