Nak mencapai matlamat kita, impian kita, lebihkan usaha dari memikir. Strategi dan perancangan memang perlu, tapi usaha dua kali ganda amat perlu, apatah lagi usaha Anda melibatkan kerjaya, kewangan dan kekeluargaan.
Orang-orang berjaya melebihkan usaha dari duduk bersembang, berfikir dan mengkritik hal-hal dunia. Mereka diamkan mulut, rajinkan tangan mengerjakan apa yang patut dikerjakan. Jika Anda nak jadi orang berjaya, Anda kena melatih diri sendiri untuk lebih banyak bekerja, berusaha dan kurangkan bercakap, berbahas dan bersembang kosong.
Semua tu boleh, tapi kurangkan. Seminit membuat kerja, lebih berguna dari 11 minit bersembang kosong soal dunia yang kita tak leh kontrol, misalnya ekonomi, penyakit dan inflasi. Jangan hampirkan diri dengan orang yang hanya tahu bercakap, tapi mengelak berusaha.
Jauhkan diri dari orang yang bijak memikir, tapi kurang kurang bijak dalam bertindak. Fikiran hanya menimbulkan idea, tapi realiti terbina bila idea itu diusahakan, dijelmakan ke dunia sebenar. Contoh? Menara berkembar Petronas, Litar F1 Sepang dan kereta Proton hanya idea seorang lelaki tua bernama Tun Dr Mahathir, tapi ia berjaya dijelmakan ke dunia realiti, dunia sebenar kita hanya kerana dia lebihkan usaha dari memikir.
Mulai hari ini, tak kira siapa Anda, suri rumah, student, pekerja, pekebun atau usahawan, lebihkan usaha dari memikir. Memikir hanya diperingkat permulaan, tapi usaha Anda membuat Anda sampai ke akhir garisan. Mungkin, Anda sampai lebih dulu dari orang lain disekeliling Anda
shueQry
Monday, June 1, 2009
Lebihkan Usaha Dari Memikir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment