Apa saja yang kita terlalu banggakan hingga membuat orang lain terasa, pasti akan ditarik pergi dari kita perlahan-lahan tanpa kita sendiri sedari. By ShueQry

Tuesday, June 2, 2009

Orang Sekeliling Tetap Akan Bercakap Tentang Apa Yang Anda Buat

Orang sekeliling tetap akan bercakap tentang apa yang Anda buat, apa yang Anda lakukan, impian Anda dan apa yang Anda usahakan. Well, jika Anda mengalami situasi itu, kali ni saya ingin berkongsi pengalaman.

Anda, sebagai pembaca blog iMotivasi sudah pasti tahu impian yang saya nak capai, iaitu nak bekerja menjadi pengendali, penulis dan pemilik blog sepenuh masa. Dalam perkataan lain, full time blogger.

Dengan bekerja sebagai full time blogger membuat saya ada lebih banyak masa untuk membaca banyak buku, bersukan dengan lebih lama dan beribadah dengan lebih khusyuk. Sekarang, pada saat artikel ini ditulis, saya memilih untuk melupakan hal yang tidak berkaitan dengan blog, sukan dan keagamaan semata-mata untuk mengejar impian.

Akhirnya, usaha saya mendapat cemuhan, tohmahan, makian dan kata-kata kesat yang sukar nak dilupakan hanya kerana sikap saya “lain daripada yang lain”. Saya tak kacau sesiapa, tak pernah mengata sesiapa, saya cuma terlalu fokus dengan kerja-kerja saya.

Namun, kerajinan saya praktikkan ke dalam diri sendiri menimbulkan ketidaksenangan pada beberapa pihak. Kawan-kawan saya tak senang dengan sikap saya, sebab saya sanggup bersengkang mata, hanya berkurung di dalam bilik mengadap sebuah laptop kecil. Maka saya membuat kesimpulan.

Orang rumah, jiran, kengkawan dan saudara mara Anda tak akan pernah faham apa yang saya capai, apatah lagi jika apa yang dibuat tu tak pernah dibuat oleh orang lain sebelum ni. Jujur dari hati di sekeliling saya, tak ada sesiapa yang support saya, menyokong saya. Mengkondem, tu ramai le, hehe. Namun, saya memilih untuk melupakan cakapan mereka, umpatan mereka dan kata-kata mereka.

Apa yang saya kongsikan ni bukan untuk menunjuk-nunjuk yang mental saya ni kuat, tapi supaya menjadi contoh pada Anda untuk memperkuatkan mental, emosi dan spiritual Anda menghadapi cakapan-cakapan orang sekeliling yang menyesakkan telinga, menyakitkan hati. Cara nak mengelak dari orang sebegitu, Anda dengan melupakannya saja, lupa selupa yang mungkin dan jangan diingat lagi. LiveStrong!

Pada permulaan, memang susah nak lupa. Tapi, bila kita melatih fikiran supaya fokus pada impian kita, usaha-usaha kita dan diri kita keseluruhannya, kita akan jadi terlalu sibuk hingga terlupa nak mengingat cakapan-cakapan orang sekeliling. Jadi, jika kawan-kawan Anda mencemuh Anda, keluarga Anda menyisihkan Anda, anggap saja itu sebagai booster pemacu untuk Anda semakin berjaya.

Hasilkan sesuatu yang tahapnya cemerlang, supaya mereka respek Anda, bangga dengan Anda setelah Anda berjaya nanti. Mulakan sekarang!

ShueQry

0 comments:

Post a Comment