Apa saja yang kita terlalu banggakan hingga membuat orang lain terasa, pasti akan ditarik pergi dari kita perlahan-lahan tanpa kita sendiri sedari. By ShueQry

Wednesday, January 13, 2010

Satu bas tapi ada beratus perangai

Pada hari Sabtu macam hari ni, ngam jugaklah kita cerita yang ringan-ringan.

Dulu setiap hari saya rasa sama saja, tak ada beza sebab aktiviti saya pun sama saja tiap hari. Sekarang dah cukup berbeza – gi kerja kena pakai smart, gi kena kena naik baik, balik kerja kena naik bas. Saya masih kurang selesa pakai baju smart, sebab dah 3 tahun pakai baju ’sempoi’ time kerja.

Rasa yang paling berbeza adalah time naik bas tu. Kat dalam bas saya dapat tengok macam-macam perangai yang membuatkan saya banyak berfikir.

Bila saya nampak seorang gadis bertudung yang manis (…dan berdahi licin!) saya terfikir cemana dia jaga mukanya dan apa yang memotivasikan dia menjaga kebersihan mukanya sampai mukanya bersih, sejuk mata memandang. Bertuah sungguh dia sebab Allah kurniakan dia dengan muka yang manis, dah tentu menjadi kegilaan ramai lelaki bujang di luar sana. Saya amat bersyukur sebab ditemukan dengan gadis tu.

Bila saya nampak pekerja-pekerja kontrak Filifina yang baru balik dari kerja, dengan bau badanya yang masam semacam, power dan meloyakan hidung, saya tertanya sendiri apa yang mendorong diorang jadi tak kisah betul dengan bau badan camtu. Kemudian, saya tertanya sendiri cemana diorang bermotivasi time bekerja dan apa yang mendorong diorang semangat bekerja.

Setahu saya pekerja kontrak ni turun bekerja setiap hari sebab gaji diorang pakai gaji hari. Saya terus berfikir dan membuat spekulasi sendiri.

Bila di dalam bas, macam-macam ragam saya boleh nampak, kekadang dari situlah saya dapat analisis bermacam-macam mindset melalui bermacam-macam air muka. Ada yang hepi, ada yang stress. Ada yang tertidur dengan mulut terlopong sampai tak sedar dunia.

Mungkin mindsetnya camni: aku tak kisah orang nak kata apa, aku nganutk ni, janji aku dapat tidur dah lah!

Hehe..macam-macam!

iMotivasi


0 comments:

Post a Comment