Apa saja yang kita terlalu banggakan hingga membuat orang lain terasa, pasti akan ditarik pergi dari kita perlahan-lahan tanpa kita sendiri sedari. By ShueQry

Wednesday, February 3, 2010

4 langkah asas menarik kemahuan Anda menggunakan minda separa sedar

Dari beberapa buku kuasa minda separa sedar yang saya baca, untuk kita mencapai sesuatu, kita kena membayangkannya selalu di minda. Kita kena melihatnya sebagai perkara yang dah benar-benar berlaku sekarang ini.

Jika Anda selalu baca blog Irfan Khairi dan membaca bahagian belakang bukunya bertajuk Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar, Anda akan terjumpa saranan yang sama. Irfan Khairi menyarakan kita untuk membayangkan kemahuan kita selalu seolah-oleh ia dah berlaku sekarang.

Untuk benar-benar merasai kesannya, Anda perlu:

1. Membayangkan kemahuan Anda sejelas mungkin.

2. Membayangkannya dengan kerap, rasainya seolah-olah ia dah berlaku di saat ni.
3. Mengekalkan bayangan imaginasi tu sejelas mungkin, selama mungkin.
4. Bercakap-cakap mengenainya dengan diri sendiri.

Sebagai latihan, berlatih membayangkan perkara-perkara asas dulu.

Bayangkan perkara-perkara asas yang Anda mahu – mungkin Anda mahu mendapat tempat duduk ketika menaiki dalam bas yang sesak dipenuhi penumpang yang ramai.

Cara untuk membuat minda separa sedar menarik kemahuan Anda adalah membayangkan Anda mendapat tempat duduk dengan senang sekali selepas Anda menaiki bas selepas Anda nampak sebuah kerusi kosong. Mainkan bayangan minda ni sekerap mungkin, pancarkannya di minda selama mungkin.

Contoh lain, mungkin Anda mahu sampai awal di tempat kerja.

Cara untuk membayangkannya, bayangkan suasana situasi sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Bayangkan yang mana suasana jalan raya jadi tiba-tiba jadi ’smooth’ tanpa sebarang kesesakan. Bayangkan Anda keluar dari rumah, memandu kereta kemudian setiap kali sampai di lampu isyarat, lampu merah cepat bertukar menjadi lampu hijau. Rasai emosi Anda ketika itu, hadirkannya seolah-olah ia dah berlaku.

Bayangkan perkara tu banyak kali.

Bayangkan dengan relaks, dengan selamba. Minda kita lebih efektif bekerja di kala kita berada dalam emosi ketenangan. Minda kita akan menjadi kurang efektif jika kita membayangkan sesuatu dalam emosi desakan.

Semakin relaks Anda, semakin efektif minda separa sedar bekerja mengatur situasi, orang perseorangan serta perkara-perkara untuk ditemukan dengan Anda. Anda akan berjumpa situasi-situasi kebetulan serupa dengan apa yang Anda selalu bayangkan.

Semua ni berlaku di luar pengetahuan kita.

Kerja kita cuma membayangkan selalu apa yang kita mahu. Selebihnya akan mengikut sendiri selepas tu. Berlatih dulu menari perkara-perkara asas sebelum menarik perkara-perkara yang lebih besar.

Pada peringkat pertama Anda melatih minda Anda membayangkan perkara-perkara di atas, ia akan jadi sedikit sukar. Anda akan merasa kekok. Itu petanda, minda Anda belum seberapa biasa. Teruskan mengimajikasikan kemahuan-kemahuan Anda. Lama-kelamaan bila Anda sudah biasa berlatih, Anda akan perasan Anda cepat menarik apa yang Anda fikirkan tanpa Anda sedari.



0 comments:

Post a Comment