Apa saja yang kita terlalu banggakan hingga membuat orang lain terasa, pasti akan ditarik pergi dari kita perlahan-lahan tanpa kita sendiri sedari. By ShueQry

Thursday, February 4, 2010

Motivasi kerja – nak berjaya dalam kerjaya kena ada kecerdasan emosi

Pakar motivasi kata, untuk kita berjaya dalam kerjaya atau perniagaan kita sekarang ni, kita perlu memiliki kecerdasan emosi. Namun, pada peringkat permulaan Anda tak perlu pening kepala belajar untuk memahami pekebendanya dia kecerdasan emosi ni.

Kecerdasan emosi adalah kebolehan untuk memahami perasaan orang lain.

Bila Anda pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan, memahami orang lain, situasi yang dialami mereka juga memahami keperluan-keperluan mereka, itu tandanya Anda sudah ada kecerdasan emosi. Bezanya, tahap kecerdasan emosi berbeza-beza antara Anda dengan saya, antara Anda dengan orang lain.

Untuk bersemangat ketika dalam perjalanan pergi ke tempat kerja, amalkan sikap menyedekahkan pahala bacaan surah Al-Fatihah kepada rakan-rakan Anda di tempat kerja.

Kenapa? Sebabnya mudah.

Kita akan gembira apabila kita memberi sesuatu, kita akan berubah jadi bersemangat apabila kita menghadiahkan sesuatu. Dari apa yang saya lihat, ramai orang jadi cukup bersemangat di waktu pagi kerana mereka telah memberi sesuatu atau menyumbang sesuatu.

Jika Anda kurang sanggup memberikan sesuatu dalam bentuk duit tunai, gunakan cara tadi sebagai pengganti.
iMotivasi


0 comments:

Post a Comment