Jika Anda kurus melidi, terimalah diri Anda.
Terima hakikat yang badan Anda kurus. Jika Anda gemuk berisi macam tong dram, terimalah diri Anda seadanya. Ramai di antara kita kurang selesa dengan keadaan diri kita kerana:
kita tak menerima keadaan diri kita yang sekarang.kita nak menjadi seperti orang lain.Jika badan kita gemuk, kita kurang selesa sebab orang selalu ketawakan kita, kesannya kita teringin sangat nak jadi ’slim’. Jika badan kita kurus kering (slim gile!) kita nak jadi macam orang lain yang badannya berisi supaya sekurang-kurangnya tak le orang ketawakan sebab badan kita kurus.
Dari pemerhatian saya, selagi kita ikut cakapan orang, selagi itu hidup kita tak akan teratur. Lebih baik tentukan hidup ikut selera sendiri, pendiran sendiri, matlamat sendiri. Pilih untuk membentuk hidup Anda mengikut kemahuan Anda, bukan kemahuan orang-orang disekeliling Anda.
Itulah pentingnya matlamat supaya anda ada tahu orang cemana Anda nak jadi, supaya Anda tahu apa yang Anda nak capai, supaya Anda ada kawalan penuh terhadap hidup Anda keseluruhannya. Terima diri sendiri kemudian set matlamat untuk perbaikinya supaya Anda merasa selesa, lantas membuat Anda bersemangat sentiasa mencapai impian Anda.
iMotivasi
Thursday, February 4, 2010
Terima diri sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment