Forum Perdana ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Zakaria Othman, antara panel pada malam itu adalah Ustaz Dr. Ahmad Bashir Aziz, Pensyarah Kanan Pentadbiran Muamalat, UUM Kedah, Ustaz Badli Shah Alaudin, dari Jabatan Agama Islam Pahang dan Ustazah Zawiah Hassan, Ketua Penolong Pengarah Nikah Cerai & Rujuk Bhg Penyelidikan JAKIM.
Intipati perbincangan para ahli panel dalam forum pada malam itu telah mengupas pengertian makna 'Kasih Yang Abadi' iaitu membincangkan isu pengorbanan seorang ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak - anak pada zaman ini. Seterusnya tajuk ke dua 'Penyakit Cinta' dimana ia mengupas isu gejala pasangan muda mudi hari ini yang bercinta atas dasar kasih sayang dan nafsu semata tanpa mengikut lunas - lunas Islam.
Turut menjayakan forum tersebut adalah dari Institut Latihan Perindutrian Jitra, Kolej Universiti Insaniah dan Asrama Anak Yatim Kampung Che Bema Sungai Petani.
0 comments:
Post a Comment