Apa saja yang kita terlalu banggakan hingga membuat orang lain terasa, pasti akan ditarik pergi dari kita perlahan-lahan tanpa kita sendiri sedari. By ShueQry

Wednesday, May 13, 2009

Utara: Tiga tan mempelam diserang virus dirampas

April 30th, 2009 by admin
PADANG BESAR: Anggota Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perlis merampas tiga lori berisi tiga tan mempelam jenis Nam Dok Mai dan Raja dari Thailand yang dikesan diserang virus ‘Mango Seed Weevil’ (MSW).
Semua mempelam itu dirampas selepas dikesan mengandungi virus perosak jenis MSW ketika melalui pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini, jam 10 pagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Sabry Ahmad, berkata virus MSV yang berasal dari Thailand sukar untuk dikesan kerana ia hidup di dalam biji mempelam tanpa menjejaskan fizikal luaran buah.
Bagaimanapun, katanya, melalui pemeriksaan lanjut terutama selepas buahnya dibelah, virus berkenaan dapat dikesan, menyebabkan semua buah yang disyaki terjejas perlu dimusnahkan.
“Kita terpaksa rampas semua tiga tan mempelam itu untuk dimusnahkan bagi mengelak virus MSW merebak ke buah tempatan, terutama mempelam Harumanis Perlis.
“Kita tidak mahu virus MSW yang masuk ke Perlis melalui Thailand menjejaskan mutu Harumanis, sekali gus mencacatkan pengeluarannya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, Sabry berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa pertanian di Thailand bagi mengatasi masalah virus MSW kerana mereka mempunyai kepakaran untuk melupuskan virus terbabit.
Sehingga kini, beliau berkata pihaknya belum bercadang mengharamkan kemasukan buah-buahan import dari negara jiran itu, bagaimanapun kawalan ketat di semua pintu masuk akan dilakukan dengan kerjasama Maqis.
“Justeru, pengusaha mempelam di Perlis tidak perlu bimbang dengan ancaman virus itu kerana keadaan adalah terkawal dan setiap mempelam yang dikesan mengandungi virus akan dimusnahkan serta-merta,” katanya.

, , , , , ,

0 comments:

Post a Comment